what i get i give it back by norintan zakria

what i get i give it back by norintan zakria
Hello everybody!! Have a nice day everyday ♥ I'm Nor Fazila Binti Zakria ++ Just call me Intan ++ U all can find me in facebooker just search Norintan Zakria ++ I will approve it ++ Thank You because search and visited my blogger ++ Please feel free to come here again ♥ LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAH

Tuesday, 6 March 2012

Seorang pelajar Islam yang mengislamkan satu gereja orang kristian

Kisah ini diceritakan oleh teman sebilikku yang mendengar sendiri dari khatib ketika khutbah Jumaat.

Terdapat dua lelaki yang menjadi sahabat baik ketika sedang belajar di US. Seorang beragama Islam, dan seorang lagi beragama Kristian. Dalam diam, si Islam ni memasang azam, "aku nak jadi seorang Muslim yang baik dan mengIslamkan kawanku ini". Rupa-rupanya, si Kristian juga turut berazam,"suatu hari nanti, aku ingin mengKristiankan rakanku ini dan menjadi seorang Kristian yang baik."

Pada suatu hari, si Islam mengajak rakannya mendengar ceramah agama di sebuah masjid. Ajakan tersebut diterima dengan hati yang terbuka oleh sahabat Kristiannya itu. Kebetulan pula, pada minggu yang berikutnya, sebuah gereja berdekatan pula mengadakan ceramah agama(Kristian). Lalu si Kristian tadi mengajak kawan baiknya ke ceramah tersebut.

Si Islam  : Eh, boleh ke aku pergi ni? (ragu-ragu)

Si Kristian Mengapa tidak? jika aku boleh ke majlis mu, pasti kau juga boleh ke majlisku.

Maka mereka berdua pergi lah ke majlis tersebut. Ketika mereka tiba di gereja tersebut, semua tempat duduk telahpun dipenuhi, kecuali dua tempat kosong di baris hadapan, betul2 di hadapan paderi. Lalu mereka segera duduk. Tiba-tiba, paderi yang sedang asyik memberi ceramah terus terdiam.

Paderi : Saya takkan meneruskan majlis ini selagi rakan Muslim kita tidak beredar dari sini.

Si Islam : Lebih baik aku beredar dari sini.

Si Kristian Dia bukan bercakap tentangmu. Tunggu sahaja di sini. Kau bersama ku.

Lalu si paderi mengulang.

Paderi Saya takkan meneruskan majlis ini selagi rakan Muslim kita tidak beredar dari sini.

Si Islam Biar sahaja aku beredar pulang.

Si Kristian Tidak. Aku yakin dia bukannya bercakap mengenaimu.

Lalu paderi tersebut turun dari 'mimbar' nya lalu menuding jari ke arah pelajar Muslim tersebut.

Paderi Kamu, sila beredar dari sini.

Si Kristian Kenapa pula? mengapa harus dia beredar?sedangkan aku senang2 diterima oleh orang Muslim ketika majlis ceramah keagamaan mereka?

Lalu satu gereja heboh. Masing2 bersuara dan musykil. Mengapa pelajar Islam tersebut perlu dihalau. Mengapa tidak dibiarkannya mendengar ceramah tersebut.

Paderi Baiklah. Kamu boleh terus berada di sini, sekiranya kamu berjaya menjawab soalan-soalanku. Ada 38 soalan kesemuanya.

Pelajar Muslim tersebut berjaya menjawab kesemua 38 soalan tersebut. Maaf, aku tidak pasti apakah soalan2 tersebut. Takut jika ku tulis, salah pula jadi nya. Sudah menjadi tokok tambah.

Si Islam Wahai paderi, aku telah menjawab kesemua soalan-soalanmu. Aku hanya memintamu menjawab satu sahaja soalanku.

Paderi Tidak. aku takkan menjawab apa-apa soalan dari mu.

Sekali lagi gereja menjadi riuh rendah. "Jawab sahaja soalannya! Dia telah menjawab 38 soalanmu. Mengapa tidak dijawab soalannya yang satu itu?" Laung salah seorang penganut di gereja tersebut.

Paderi Baiklah. Apakah soalanmu itu?

Si Islam Apakah kunci kepada syurga?

Paderi tergamam. "Tidak. Aku takkan menjawab soalan itu."

Gereja menjadi kecoh buat kali ketiga. Lalu, paderi tersebut mengalah.

Paderi Baiklah. Kunci kepada pintu syurga ialah أشهد أن لا إله إلاَّ الله, و أشهد أن محمد رسول الله (ʾašhadu ʾan lā ilāha illa Allāh, wa ʾašhadu ʾanna Muḥammadan rasūlo Allāh)




Maka terdiamlah satu gereja.

Paderi Kami memang mengetahui kebenaran ini. Dan akan bertaubat serta mengucap dua kalimah syahadah sebelum kami mati nanti.

Maka pada hari itu, seluruh ahli gereja tersebut telah memeluk Islam. Pelajar Muslim itu adalah seorang rakyat Malaysia, dan merupakan sahabat kepada khatib yang memberi khutbah tadi. Bukan sahaja hasratnya untuk mengIslamkan rakan karibnya itu tercapai, malah kejayaan yang dianugerahkan Allah s.w.t kepadanya berlipat ganda dari apa yang diidamkan. Sesungguhnya itulah ganjaran buat orang-orang yang beriman.

Sekian Terima Kasih ,
Saya Copypaste untuk di kongsi :)

No comments:

Post a Comment